Tuesday, June 23, 2009

Percutian Terpaksa Ditunda

Dalam kesibukan kami merancang percutian sekeluarga yang dijadualkan minggu lalu, Irfan diserang demam. Pada kami, biasalah. Dia memang agak kerap demam, berselang seli dengan batuk, selsema dan sakit tekak. Mungkin by the time kami nak bercuti tu, dia akan OK. This is based on our previous experience. Daripada 4 destinasi yang disenarai pendek, kami mengambil keputusan untuk bercuti di salah sebuah pulau di pantai timur. Just to relax and have fun with family members. Mandi manda, snorkelling bersama Irfan. Bestnya... Semua kelengkapan telah pun dibeli. Maklumlah, first time nak fully bercuti di pulau. Sebelum ni hanya ambil 1 day trip je. Tu pun ke Pulau Payar je (Kat Langkawi). So kali ni memang dah get ready dengan baju mandi la, floating seat for Irfan. Cuma snorkelling equipment je tak beli. Plan nak sewa je kat sana.

Tapi, kali ni, demam Irfan tak baik-baik. Dah seminggu lebih. Mesti ada something wrong. Every 3-4 hours terpaksa bagi ubat. Sedih tengok dia asyik makan ubat je. Bila tak sihat, ragam pun menjadi. Masa nilah kesabaran seorang ibu tercabar. Terbayang susah payah ibu kita dulu jaga kita. Dahl ah masa tu takde facilities macam zaman sekarang ni. Hmm..moral of the story, hargai ibu....

Sehari sebelum kami berangkat, demam irfan makin menjadi. Muntah dan cirit birit. Kali pertama jumpa pakar, kami diberi peluang untuk jaga Irfan di rumah under strict monitoring. So, kami tak jadi bercuti. Bercuti kat rumah je la. Jaga Irfan. Bagi irfan makan antibiotic, monitor his temperature. Memang teramatlah tinggi suhu badannya. Selepas 3 hari, tiada perubahan. Maka, terpaksalah masuk wad. Hasil pemerhatian pakar menunjukkan dia diserang pneumonia. Aduh! Takutnya dengar...Now he is on his antibiotic course. Tak tahu le berapa lama...Dr kata after dah discharged nanti pun kena continue with the antibiotic...apa-apa pun ibu dan ayah doakan semoga Irfan cepat sembuh. Doakan sama ye kawan2?

0 comments: