Inilah buku yang saya amati ketika cuti raya haji yang lalu. Catatan peribadi perjalanan menunaikan haji seorang insan yang saya segani, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim bersama beberapa orang ahli keluarganya. Kisah yang dipersembahkan cukup menarik dan ditulis dalam bentuk “santai”. Belum pernah melihat buku seumpamanya ditulis dalam bahasa melayu di pasaran. Sesuai dibaca oleh semua golongan.
Mungkin ada di kalangan kita yang kurang yakin untuk mendirikan ibadat haji kerana pelbagai sebab. Contohnya, kurang ilmu di dada, belum bersedia, takut dan sebagainya. Tetapi, setelah membaca buku ini, mungkin persepsi kita boleh berubah. Keyakinan dan seru untuk ke rumah Allah dirasakan semain dekat dengan diri kita. Jika dihayati betul-betul, pasti ada yang boleh menitiskan air mata apabila membaca sebahagian daripada buku ini. Pada pandangan saya, apa yang penulis ceritakan di dalam catatan perjalanan beliau ini datang dari hati, because some of the content is really personal. Banyak perkara yang saya dapat pelajari melalui catatan perjalanan beliau.
Setinggi tahniah dan terima kasih diucapkan di atas sumbangan beliau dalam menghasilkan buku seumpama ini. Semoga beliau akan terus berkarya agar kita semua mendapat manfaat daripada hasil tulisan beliau.
P/S: Kepada yang berminat nak dapatkan buku ini, boleh dapatkan di MPH berdekatan atau hubungi penulis terus di: http://muhdkamil.net/mystory

0 comments:
Post a Comment